Kelas Microsoft Office, Power Point – pagi Latihan Menaip Pantas - petang

19 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas Microsoft Office, Power Point dan Latihan Menaip Pantas pada hari selasa, 18 Jun 2019. Kelas dijalankan di Bilik Latihan Pusat Internet Sungai Asap, Belaga, Sarawak. Kelas Microsoft Office, Power Point diadakan pada waktu pagi. Penyertaan sebelah pagi 1 orang, manakala Latihan Menaip Pantas sebelah petang penyertaan 2 orang. Kelas pagi bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari manakala kelas sebelah petang bermula dari jam 1.00 petang sehingga jam 5.00 petang. Aktiviti sokongan, Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB)

Peserta di beri tunjuk ajar dalam membuat dan mengubahsuai pembentangan. Membantu peserta mengikuti proses menambah dan mengubahsuai pembentangan dengan teks dalam kerja mereka. Membantu peserta mengikuti proses menambah dan mengubahsuai pembentangan dengan gambar, gambar rajah & suara dalam kerja mereka. Membantu peserta mengikuti proses menambah dan mengubahsuai persembahan mereka dengan animasi dan kesan slaid.

Peserta diberi penerangan mengenai kemahiran menaip dengan pantas iaitu; cara menaip dengan pantas. Cara meletakkan 10 jari pada papan kekunci. Kaedah skema papan kekunci untuk daya ingatan pada otot jari. Pergerakan jari tanpa perlu melihat papan kekunci. Penjagaan diri semasa menaip.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali